10 tahun sebelum merdeka(mesti tonton)

Posted: November 8, 2010 in Download, Rencana, Video Youtube

Assalamualaikum tuan..ini adalah sedikit pendedahan sejarah yg dikaji dan diselidiki oleh saudara Fahmi Reza..Di dalam dokumentari ini,beliau menemuramah beberapa tokoh sejarah mengenai tanah melayu dan sejarah yang dihapuskan oleh kerajaan Malaysia di bawah diktator UMNO..kebiasaannya sejarah tidak menipu tetapi UMNO lah mengubah sejarah dan menjadi pendusta kepada sejarah..lihat beberapa pembohongan mereka kepada rakyat dan menganaktirikan mereka yang aktif di dalam arena memperjuangkan Tanah Melayu ketika itu..

Kita tidak pernah kenal akan peristiwa HARTAL.Peristiwa ini saya ada menanya orang tua 80 tahun lbih umurnya dan beliau menyatakan seluruh Tanah Melayu melakukan demo terbesar dan tidak pernah sekalipun diberitahu di dalam sejarah.Umnolah yang menyembunyikan fakta itu..Jom kita lihat usaha dari tuan pengarah filem ni mengkaji dan menemubual tokoh yang diantara mereka sudah meninggal dunia..kita berkemungkinan besar tidak menemui mereka lagi dan inilah usaha utk memelihara warisan sebenar sejarah yg dihapuskan…klik gambar utk besarkan

ni 2 link download 10 tahun sblm merdeka kena extract all pakai winrar/winzip

kalau tak dapat lihat filem ni..download codec mediaplayer classic yg terbaru

utk extract winrar http://hotfile.com/dl/78683305/7235926/WinRar.rar.html

utk extract menggunakan winzip  http://rapidshare.com/#!download|457|354276695|WinZip.12.4.07.Pro.Full.LegendW.com.rar|14851

berikut adalah tokoh pejuang kemerdekaan

ustaz yahya nassim

“Perang Jepun tu banyak mengubah fikiran kita. Rupanya kalau tak ada orang putih ni pun boleh. Dulu kita terfikir kalau tak ada orang putih ni, mati kita. Bila dah Jepun memerintah tiga tahun lapan bulan, kita terfikir, tak ada orang putih pun boleh jugak.”

Yahya Nassim, 88 tahun, berasal dari Ulu Langat, Selangor. Sebelum perang, beliau telah menganggotai Kesatuan Melayu Muda (KMM), parti politik Melayu pertama di Malaya, di bawah pimpinan Ibrahim Yaakob. Menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) selepas perang, beliau merupakan Ketua PKMM negeri Selangor dan telah dilantik sebagai Timbalan Bendahari dalam Kongres PKMM yang kedua pada bulan Disember 1946 di Melaka. Semasa kongres inilah, Dr. Burhanuddin Helmy, Yang Dipertua PKMM melafazkan sajaknya yang terkenal:

Di atas robohan kota Melaka
Kita dirikan jiwa merdeka
Bersatu-padulah seluruh baka
Tuntut hak keadilan pusaka

zainuddin andika

“Indonesia punya yang datang tu, semangat tu datang ke mari setengah. Pasal sana Sukarno dah beri semangat tu. Sukarno maklumlah, kata-kata yang dikeluarkannya. Beri saya sepuluh orang pemuda katanya, dia boleh menggoncangkan dunia. Itu dia semangat tu sampai ke mari.”

Zainuddin Andika, 84 tahun, berasal dari Sayong, Kuala Kangsar, Perak. Menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sejak penubuhannya pada 17 Oktober 1945 dan kemudian memasuki barisan Angkatan Pemuda Insaf (API) bahagian Padang Rengas, Perak. API telah diasaskan oleh Ahmad Boestamam, Abdul Rahman Rahim dan Bakar Thareek pada 17 Februari 1946 di Ipoh, Perak. Menurut Ahmad Boestamam dalam bukunya Testamen Politik API, tujuan-tujuan API ditubuhkan ialah:

1. Menyatukan pemuda² yang insaf dalam satu BARISAN.
2. Mengukuhkan barisan perjuangan untuk bangsa dan tanahair.
3. Memberi latihan siasah, ROHANI dan JASMANI kepada pemuda²nya supaya bersedia menjadi pemimpin bila dikehendaki.
4. Membina semula Malaya mengikut faham Demokrasi yang sejati yang berdasarkan kedaulatan rakyat.
5. Menuntut perwakilan dalam pemerintahan Malaya.

Pendek kata API mahu berjuang untuk mencapai kemerdekaan bangsa dan tanahair dengan segala jalan yang terbuka, dengan lembut jika boleh, dengan keras jika terpaksa.

Majid Salleh

“Awak ni gila? Nak merdeka, tak tahu awak ni siapa? Orang Melayu ni siapa? Tak tahu orang putih kapal terbang ada, kapal laut ada, kapal selam ada, itu nak kita lawan?… Itulah suara yang biasa kita dengar.”

Majid Salleh, 84 tahun, berasal dari Ipoh, Perak. Selepas Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan di Ipoh pada 17 Oktober 1945, beliau telah menubuhkan cawangan pertama PKMM di Simpang Ampat, Kampar, Perak sebagai ahli jawatankuasa. Selepas menjadi ketua seksyen buruh PKMM negeri Johor, beliau telah dilantik menjadi ketua Johore State Federation of Trade Unions (JSFTU) yang bergabung di bawah Pan-Malayan Federation of Trade Unions (PMFTU). PMFTU mempunyai keahlian seramai 300,000 orang buruh seluruh Malaya.

Tinggalkan komen