TUNGGALNYA ALLAH DALAM MENTADBIR ALAM

Posted: Oktober 25, 2015 in Addin, Cerita

Allah zat yang bersifat dengan sifat kesempurnaan.Allah yang esa (tunggal),dengan esanya Allah DIA dapat mentadbir alam ini berbanding dengan tuhan yg disangkakan oleh puak Kristian yang mempunyai tuhan 3 dalam 1.Tuhan ayah,tuhan anak dan tuhan ruh kudus.Ini telah dirakamkan oleh Allah dalam ayat dari surah Ikhlas ayat 3

لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ

yang bermaksud “Ia tidak beranak dan tidak diperanakkan”.Inilah pegangan penganut Kristian yang menyangka Isa ialah anak tuhan.Allah tidak sama apa yg mereka sangkakan.Mereka mempunyai 3 tuhan.Allah menaqalkan di dalam Surah Anbiya’ ayat 22;

“Kalau ada di langit dan di bumi tuhan2 yg lain selain Allah,nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya…………..”

Bertepatan dengan maksud dari kalam Allah di dalam Surah As-Syura ayat yg kesebelas;

 لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْئٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

bermaksud “……………tiada sesuatupun yang sebanding dengan zatNYA,sifatNYA dan pentadbirannya dan DIAlah yg maha mendengar lagi maha melihat”

Sekiranya Allah mempunyai ramai pembantu,maka lemahlah Allah sepertimana sifat makhluk apabila ramai ia menjadi kuat dan apabila bersendirian ia menjadi lemah.Ini tidak terjadi kepada tuhan.sekiranya DIA memerlukan penolong nescaya ia bukanlah tuhan zat yang bersifat dgn sifat pekuasa.bersandarkan dgn ayat dari surah ikhlas ayat kedua ;

أللهُ الصَّمَدُ

“Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk utk memohon sebarang hajat”

Manusia memerlukan jemaah atau kumpulan yang ramai untuk memudahkan kerja dan menjadi kuat.Dengan kuat idhofi (sandaran) ini,manusia berlagak2 berkuasa melupakan Allah yg memerintah dgn tunggalnya sahaja tanpa ada siapapun yg membantu.Manusia yg x sedar (jemaah) bahawa Allah dengan tunggalNYA sahaja mampu mentadbir sekalian selain dari Allah (makhluk).Fikir mereka bila mereka banyak,merekalah berkuasa.Jemaah ini tidak bersandar kepada daya utk mengelak maksiat dan kekuatan melakukan ketaatan dari Allah tetapi haula dan quwwah dari mereka semata2.

Hebatnya ALLAH maha mentadbir sendiriNYA!!!Lemahnya makhluk mentadbir dengan ramai jemaah exco dan menteri tp melupakan Allah..asyik memikirkan kekuatan sendiri dan teknologi yg mereka banggakan.bercakap seolah2 Allah tiada kaitan dalam usaha mentadbir mereka.Mereka mahukan MAKHLUK ATAU RAKYAT MELIHAT USAHA MEREKA TANPA BANTUAN ALLAH!!diceritakanlah ini dari mereka dan itu dari mereka..kata2 Allah dan rasul kurang terpacul dari bibir mereka.akhirnya rakyat yg jahil melihat inilah dari pemimpin yg bijaksana tanpa ada bantuan Allah.

Inilah sifat makhluk yg perlukan jemaah yg mengikut Al-Quran dan hadis seperti sabda nabi “Sesungguhnya Allah tidak akan mengumpulkan ummat nabi Muhammad SAW diatas kesesatan, dan sesungguhnya tangan Allah bersama jama’ah,maka barangsiapa yang menyimpang (dari jamaah) sungguh ia telah menyimpang dan itu akan menghantarkan dia untuk masuk ke dalam neraka”

Advertisements
  • Sebab kita selalu berkawan dgn budak², kita akan selalu sebut doraemon.
  • Sebab kita selalu berkawan dgn mat bola, kita akan selalu sebut match & player bola.
  • Sebab kita selalu berkawan & cenderung dgn ahli politik, kita akan selalu sebut datuk.sket² datuk,duit & projek.
  • Sebab kita berkawan dgn orang yang selalu tidak berpuas hati & memberontak, kita akan selalu menyebut ketidakpuasan hati kita.
  • Sebab kita selalu mendekati ulama, kita akan selalu mengingati Allah & Rasulullah.
  • Sebab kita selalu sebut Nabi Muhammad kita akan ada bersama nabi ketika di syurga.

Apabila kita nak mati kita akan tersebut /terucap apa yg kita paling sukai sebut masa kita hidup (doraemon/bola/projek/duit/tanah/Allah & Rasulullah) dan kita berhimpun di perhimpunan mahsyar dgn siapa yg kita kasih.

Sabda nabi “Seseorang itu atas gaya hidup org yg disahabatnya, maka lihat siapa sahabatnya”

Sabda nabi lagi “Orang mukmin adalah cerminan saudaranya yang mukmin.”

Sabda nabi lagi “Seseorang bersama orang yang dikasihi”

Apabila gajet sentiasa di tangan!!

Posted: September 1, 2015 in Uncategorized

gajetgajet2gajet3

Maqam Syeikh Makeenuddin

Maqam Syeikh Makeenuddin

Makeenuddin Al-Asmar R.A

Masa nak namakan anak,meminta pendapat TG Ustaz Abdul Rahman Jaafar hafizahullah.Ustaz mencadangkan nama seorang ulama silam Syeikh Makeenuddin Al-Asmar.Beliau adalah guru kepada Syeikh Ibnu `Ataillah As-Sakandari.Beliau adalah wali Allah yang lahir di Iskandariah,Mesir pada 610 hijrah.Beliau menghafal Al-Quran semenjak umur 10 tahun lagi.Salah seorang guru tasauf beliau ialah Syeikh Abu Hasan As-Syazili.Beliau juga adalah seorang pejuang kemerdekaan ketika Mansurah diserang oleh penjajah pada tahun 645 hijrah.Satu lagi nama Ahmad sempena nama kekasih Allah.Aku mengambil nama Ahmad saja.

Gelaran Al-Asmar kerana beliah R.A mempunyai kulit berwarna merah seperti baginda Rasulullah.Al-Fadhil Ustaz Rahman memberitahu sedikit nama Syeikh Mekeenuddin dicatat di dalam kitab Tajul Arus yang berbunyi;

“Pada permulaan perjalanan kerohanianku aku hanya berkerja menjahit dan mencari rezeki dengannya. Dan aku sering menghitung percakapanku pada waktu siang.Apabila tiba waktu petang aku akan menghisab diriku. Maka aku dapati percakapanku sedikit. Percakapan yang aku dapati mengandungi kebaikan, aku akan memuji Allah dan bersyukur ke atasnya. Dan percakapan yang aku dapati mengandungi selain dari itu, aku akan bertaubat kepada Allah dan beristighfar kepada-Nya”.

Bukan setakat tokoh sufi tp beliau adalah guru qiraat 7.Guru beliau adalah tokoh yg hebat,Sayyidi Syeikh Abu Hasan As-Syazili.Kuabadikan kenangan meletakkan nama anakku di sini.Aku mengambil nama anakku Ahmad Huzaifi.Huzaifi adalah sandaran kepada nama Huzaifah ibnu Yaman,seorang wali Allah dan sahabat nabi yang diberi karamah mengetahui seseorang yang munafik atau tidak sehingga dikhabarkan sekiranya huzaifah tidak keluar menziarahi jenazah itu bermaksud jenazah itu tidak layak disolatkan kerana peribadi jenazah itu adalah munafik.

Terima kasih ibu bapa kami yg disayangi,adik2 kami,Tuan Guruku,isteriku yg dikasihi dan semua sekali atas doanya

Basyir & Nazir

Posted: Ogos 17, 2015 in Nukilan Allahyarham Abah

Setiap Rasul diutuskan sebagai pembawa berita gembira (basyir) dan pemberi peringatan (nazir) kepada manusia. Menyampaikan berita gembira kepada mereka yang taat melakukan ibadat dan memberi peringatan dan amaran kepada mereka yang melanggar perintah Allah. Ini jelas diterangkan oleh Allah dalam Al-Quran Surah Fathir: 24.

Sesungguhnya Kami mengutusmu dengan (Ugama) yang benar, sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); dan tidak ada, sesuatu umat pun melainkan telah ada dalam kalangannya dahulu seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran.

Sebagai perutusan Allah, para Rasul mempunyai kebijaksaan dalam berdakwah bagi menangani kerenah masyarakat pada zaman itu. Mereka bijak menggunakan sama ada pendekatan ‘basyir’ atau ‘nazir’ terhadap orang yang mereka seru. 

Kepada mereka yang terlalu ‘khauf’ dan kuat melakukan ibadat kerana takut kepada azab Allah, para Rasul memberikan berita gembira tentang syurga dan keseronokannya. Dengan cara ini, mereka berasa tenang, gembira dan tidak terlalu khauf tentang azab Allah. Para rasul adalah pakar motivasi dan kaunselor yang memberikan ketenangan jiwa kepada umatnya.

Sebaliknya kepada mereka yang ingkar dan kufur kepada Allah, para Rasul memilih pendekatan ‘nazir’ iaitu menyampaikan berita seksa dan pembalasan azab yang amat sangat di neraka. Dengan cara ini, mereka akan mengetahui kesalahan yang mereka lakukan dan betapa pedihnya azab Allah jika amalan itu diteruskan. Akibatnya mereka akan bertaubat dan mula mentaati Allah.

Sungguhpun begitu adakalanya Rasul menggunakan kombinasi ‘basyir’ dan ‘nazir’ bergantung kepada keadaan orang yang didakwah.

Demikianlah contoh teladan yang ditunjukkan oleh para rasul ketika berdakwah. Mereka yang terlalu ‘khauf’ digembirakan dengan berita syurga dan yang terlalu ‘rajak’ diancam dengan berita neraka. Begitu juga tentang hukuman bagi pesalah dirujuk pada Al-Quran tanpa memilih kasih. Masyarakat sekarang dilanda pelbagai penyakit sosial. Mereka perlu diberi rawatan dengan resepi perubatan yang mujarrab sesuai dengan penyakit yang diidap. Kenapa penyakit masyarakat semakin menjadi walaupun pelbagai pendidikan dan program ‘Rakan Muda’ diperkenalkan. Jawapannya adalah kerana penyakit lain ubat yang diberi pula lain. Tegasnya, lain sakit lain pula ubatnya. Untuk mengubati penyakit, kita perlu mengetahui puncanya. Punca penyakit masyarakat masa kini ialah hilangnya perasaan khauf dan meluasnya perasaan rajak di dalam jiwa. 

Berdasarkan huraian di atas, penyampaian bagaimanakah agaknya yang sesuai untuk golongan tersebut? Jawapan anda tepat iaitu dengan memberikan ancaman dan amaran tentang balasan dan azab yang bakal diterima di neraka. Pendekatan ‘bashir’ tidak sesuai bagi mereka. 

Dalam Islam tiada kompromi tentang hukuman dan hudud. Hukum-hakam dalam Islam tidak berubah walaupun masa telah berubah. Hukuman berzina, mencuri misalnya tetap sama seperti hukuman yang dikenakan semasa zaman Nabi. Agama Islam telah lengkap dan tak perlu diubahsuai atau ditokok tambah. Demikian besarnya peranan yang perlu dimainkan untuk mengatasi masalah sosial yang semakin meruncing dewasa ini. Sekiranya pelaksanaan hukum dan hudud diperkenalkan selama ini, sudah tentu masalah sosial seperti yang berlaku sekarang ini tidak akan berlaku.

Rindu dan Cinta

Posted: November 18, 2011 in Addin, Cerita, Nukilan Allahyarham Abah

Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya. 

Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya “Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi.” 

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud “Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman.” Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula. 
 

MORAL & IKTIBAR 

    • Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen
    • Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah
    • Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti
    • Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu
    • Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak
    • Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat.
    • Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda

Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.

Pada suatu hari Allah memerintahkan malaikat bertemu dengan tiga orang Bani Israil. Ketiga-tiga mereka cacat; seorang botak, seorang sopak dan seorang lagi buta. 

Malaikat yang menyamar seperti manusia itu bertanya si-sopak “Jika Allah hendak kurniakan sesuatu untuk kamu, apakah yang kamu mahu?” Si-sopak menjawab, “Saya mahu kulit saya sembuh seperti biasa dan diberi kekayaan yang banyak.” Dengan takdir Allah, kulitnya kembali sembuh dan dikurniakan rezeki yang banyak. 

Kemudian malaikat bertanya si-botak soalan yang sama. Si-botak menjawab, “Saya mahu kepala saya berambut semula supaya kelihatan kacak dan diberikan harta yang banyak.” Tiba-tiba, dengan kurnia Allah si-botak itu kembali berambut dan diberikan harta yang banyak. 

Selepas itu malaikat bertanya si-buta pertanyaan yang sama. Si-buta menjawab, “Saya hendak mata saya dicelikkan semula dan diberikan harta yang banyak.” Dengan takdir Allah, mata si-buta menjadi celik dan dikurniakan kekayaan yang melimpah. 

Selang beberapa bulan, Allah memerintahkan semula malaikat untuk berjumpa dengan ketiga-tiga orang cacat itu. Kali ini malaikat menyamar sebagai peminta sedekah. Dia berjumpa dengan orang pertama yang dulunya sopak dan meminta sedikit wang. ‘Si-sopak’ itu tidak menghulurkan sebarang bantuan malah mengherdik malaikat. Malaikat berkata, “Saya rasa saya kenal kamu. Dulu kamu sopak..dan miskin. Allah telah menolong kamu.” Si-sopak tidak mengaku. Dengan kuasa Allah, si-sopak yang sombong itu bertukar menjadi sopak semula dan bertukar menjadi miskin. 

Kemudian malaikat berjumpa dengan si-botak yang telah menjadi kaya dan berambut lebat. Apabila malaikat meminta bantuan, si-botak juga enggan membantu, malahan dia tidak mengaku bahawa dia dulu botak. Oleh sebab sombong dan tidak sedar diri, Allah menjadikan kepalanya botak semula dan bertukar menjadi miskin. 

Malaikat berjumpa dengan orang buta yang telah diberikan penglihatan. Apabila malaikat meminta bantuan, si-buta memberikan keseluruhan hartanya dan berkata, “Ini semua harta pemberiaan Allah. Ambillah kesemuanya. Mata saya yang kembali celik ini adalah lebih berharga daripada kesemua harta ini.” Malaikat tidak mengambil pemberian itu. Dia memberitahu bahawa dia adalah malaikat yang pernah datang dulu. Kedatangannya kali ini ialah untuk menguji siapa di antara mereka bertiga yang bersyukur. 

Si-buta yang bersyukur itu terus dapat menikmati kekayaan dan penglihatannya. Manakala si-sopak dan si-botak kekal dengan keadaannya yang asal. 
 
 

MORAL & IKTIBAR 

    • Allah mengurniakan kesenangan dan keselesaan adalah sebagai ujian untuk melihat siapakah di antara mereka yang bersyukur
    • Manusia yang bersyukur Allah akan tambah kurniaan sebaliknya manusia yang kufur akan diazab oleh Allah
    • Manusia seringkali lupa daratan apabila diberikan kemewahan dan kesenangan
    • Sangat sedikit hamba Allah yang bersyukur
    • Siapa yang tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak akan bersyukur kepada Allah
    • Allah memberi kurnia kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan menarik nikmat daripada siapa sahaja yang dikehendakiNya

Sifat syukur adalah satu sifat yang terpuji, sebaliknya kufur (kufur nikmat) adalah sifat yang dicela oleh Allah.