TUAN HAJI KHALIL BIN HAJI HUSIN Mufti Melaka Pertama

Posted: November 15, 2010 in Siri Mengenal Ulama

ALLAHYARHAM TUAN HAJI KHALIL BIN HAJI HUSIN  1926M- 1960M

ALLAHYARHAM TUAN HAJI KHALIL BIN HAJI HUSIN dilahirkan di kampung Hulu (Kampung Melayu) Bandar Melaka pada tahun 1331 Hijrah bersamaan 1885. Bapanya bernama Haji Husin bin Haji Wahid, ibunya bernama Halimah digelar Che Tom binti Haji Sulaiman. Tahun 1889 Haji Khalil yang berumur empat tahun pada masa itu telah berangkat ke Mekah belajar Agama di Masjidil Haram dengan Syeikh Haji Omar Sembawa selama 12 tahun.

Disamping itu beliau bekerja mengambil upah mengangkat air untuk sara hidupnya. Pada tahun 1329 Hijrah bersamaan 1911 beliau balik ke Melaka dan berkahwin dengan Che Zainab binti Bilal Jazan dan mendapat beberapa orang anak.

Pada tahun 19.2.1918 beliau telah dilantik oleh Gabenor Melaka sebagai Kadi dan meletakkan jawatan pada 14.11.1919. Pada tahun 1923 pula menjadi Imam Masjid Kampung Hulu. Tahun 1926 menjadi Mufti Negeri Melaka kemudian membina Sekolah Agama Masjid Kampung Hulu yang diberi nama Madrasah Al-Aliya.

Dilantik Mufti rasmi Negeri Melaka pada April 1960 bagi penubuhan Majlis Agama Islam Melaka. Dua bulan kemudian pada Jun, 1960 bersamaan 1379 Hijrah Allahyarham meninggal dunia. Allahyarham menjadi Mufti selama dua bulan sahaja kerana sakit tua. Allahyarham seorang yang warak, luas ilmunya dan tegas mengenai hukum-hukum agama. Terkenal seluruh Negeri Melaka, dihormati oleh pemerintah British dan juga umat Islam Negeri Melaka.

Dikata sumber yang dipercayai di dalam muhadarah di Masjid Pengkalan Rama bahawa Allahyarham tidak mengambil sebarang  elaun mufti kerana ini adalah khidmatnya kepada agama ALLAH dan juga kepada masyarakat..hebatnya ulama’ Melaka terdahulu..ulama’ Melaka skg tak kurang hebat amin…Sempena nama beliau,dinamakan juga Jalan Mufti Hj Khalil berhadapan dengan Masjid Al-Azim..Alfatihah utk Allahyarham Tuan Hj Khalil bin Haji Husin
-Sumber Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Melaka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s