Buih cinta Mus’ab bin Umair

Posted: Mei 3, 2011 in Cerita, Siri Mengenal Ulama

Assalamualaikum pembuka bicara
kisah berlalu berabad lama,
Patut menjadi tauladan kita,
Menegakkan kasih Rasulullah tercinta.

Seorang sahabat dulunya kaya,
Menjadi rebutan siulan si dewi,
Anak bangsawan berhati mulia,
Membuat gadis menyimpan hati.

Anak emak anak mithali,
Segala yg dihajat pasti menjadi,
Berpakaian mewah mahal tak terperi,
Menjadi siulan sang bidadari.

Berita tersebar mengikut nabi,
Nabi Muhammad pilihan hati,
Alangkah gembira tidak terperi,
Berkhidmat dengan kekasih hati.

Buah mulut orang berkata,
Mus'ab sudah berubah hati,
Terperanjat bonda mendengar berita,
Lalu mengurung si buah hati.

Terlepas sudah dari kurungan,
Berlepas dia mengikut nabi,
Nabi yg mulia menjadi sanjungan,
Mulia akhlak dan budi pekerti.

Sampai di madinatun nabi menjadi muhajir,
bersama² taulan yang lain,
Sayu baginda Mus'ab fakir,
Melihat Mus'ab bertampal kain.

Dahulunya kaya di Madinah miskin,
Dulunya kacak menjadi pujaan,
Keranamu Rasul dia berkorban,
Keranamu Rasul demi kecintaan.

Ketika di Uhud membawa panji,
menjadi dendam sang quraisyi,
tangan Kanan dan kiri ditetak sekali,
akhirnya pembawa panji menemui ilahi.

Sedih dan pilu menangis sang nabi,
menjadi lautan air mata setiap muslimin,
kehidupan dunia ditinggalkan demi,
utk perjuangan kekasih ilahi....

#kata Mus'ab kepada ibunya ketika di penjara di dalam rumah “Andaikata ibu mempunyai seratus 
nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan 
Islam sama sekali”. 

#ketika syahidnya,kain kapan yg menutupi badannya “Apabila ditarik kainnya ke atas, bahagian 
kakinya terbuka. Apabila ditarik kainnya ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan 
untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu.” 

# baca ikut suka ati tuan,ahakz..nak kata pantun,sajak.semua bleh 

# Mcm terer............

tuffaya,
melaka 7.01 pm
3/5/2011
 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s