Salam Zikrayat Maulidur Rasul di bumi Mesir

Posted: Februari 14, 2011 in Cerita

Hari Selasa ini(esok) adalah tarikh kelahiran baginda nabi Muhammad SAW,tanggal 12 Rabiul Awal.Semasa inilah kenangan mengusik jiwa.Ingat lagi sabda baginda SAW “Barangsiapa berselawat atasku sekali ditulis atasnya sepuluh kebaikan dan ditegah atasnya sepuluh kejahatan”.Sabda baginda lagi “Sesungguhnya orang yg diberi keutamaan olehku ialah orang yang banyak berselawat ke atasku”.Abu Sulaiman Ad-Daarani berkata “Barangsiapa yang berkehendak akan hajat kepada ALLAH taala maka hendaklah memperbanyakkan selawat ke atas nabi SAW kemudian di dalam doanya meminta kepada ALLAH akan hajatnya dan diakhiri dengan selawat ke atas nabi SAW”.

Di Mesir sekitar tahun 2004 tanggal 12 Rabiulawal di Husin.berkumandang selawat dan salam ke atas penghulu besar Nabi Muhammad SAW..Perarakan menyambut maulud nabi yang bermula di Masjid Soleh Ja’fari.Majlis perarakan disertai oleh kesemua ahli tarikat di seluruh Mesir dan diketuai oleh Tarikat Ahmadiah Muhammadiah Al-Ja’fariah(tarikat ja’fari) dan seterusnya.

ini adalah satu gambar dari perkumpulan majlis maulidur rasul.di sana mereka akan dihidangkan oleh seorang pakcik arab yg setia berkhidmat dgn syeikh abdul ghani dgn makanan roti sup daging(makanan hari raya di mesir) spt di malaysia,ketupat.dagingnya diberi ketul² yang besar.

ini supnya dan ini pakcik yg sentiasa berkhidmat dgn Syeikh Abdul Ghani.beliau sedang memberikan minuman kepada ahli kumpulan yg sedang berarak.

Ini adalah salah satu perhimpunan tarikat yang dipelopori oleh Sidi Jabir..

Mereka berarak sambil mengalunkan pujian kepada Rasulullah SAW mengikut rentak dan cara mereka.Gambar di bawah pula adalah perkumpulan Tarikat Syeikh Soleh Ja’fari..

Rasanya kumpulan masing² mengalunkan pujian kepada baginda nabi amat berlainan dari selawat yang dialunkan di Malaysia yg penuh dengan percampuran dengan kaum hawa dan hilai ketawa dari kontinjen perarakan maulidur Rasul Malaysia..Kalau kita berada bersama di Husin nescaya bleh naik bulu roma mengalunkan rasa cinta mereka kepada baginda Nabi SAW.

Kebanyakan jalan ditutup di antara jalan Husin dan Atabah.Ramai polis berkawal utk memastikan program menghidupkan kasih dan cinta kepada baginda SAW.Sampai di perhentian terakhir sebelum masuk ke dalam masjid Husin..

inilah suasana di perhentian terakhir iaitu di Masjid Saidina Husin di mana terletaknya kepada saidina Husin bin Ali KWJ.Setelah menunggu utk menjamu penonton dengan madaih nabi dari kumpulan masing² akhirnya mereka masuk ke dalam masjid Saidina Husin dan duduk di dalam kumpulan masing² mendendangkan pujian dan cinta kepada penghulu akhir zaman SAW.

inilah sedikit pengalaman yg dpt aku kongsi bersama..semoga  kita tergolong dalam golongan yg sentiasa mengingati baginda nabi SAW.Sedikit perkongsian nama baginda SAW :

  • Muhammad
  • Ahmad
  • Hamid
  • Mahmud
  • Ahyad
  • Wahid
  • Mahin
  • Hasyir
  • ‘Akib
  • Toha
  • Yasin
  • Thohir
  • Muthohhir
  • Tayyib
  • Sayyid
  • Rasul
  • Qayyim
  • Jaami’
  • Kamil
  • Ikliil
  • Mudassir
  • Muzammil
  • Abdullah
  • Habibullah
  • Safiullah
  • Najiullah
  • Kalimullah
  • Muzakkir
  • Syahir
  • Syahid
  • Masyhud
  • Basyir
  • Mubasyyir
  • Huda
  • Siraj
  • Waliy
  • Haq
  • Qawiyy
  • Amin
  • Karim
  • Mukarram

dan banyak lagi sbnarnya utk ditulis di sini cukuplah setakat ini.entah tahun ni ada sambutan ke x sbbnya rakyat baru berjaya menghalau Hosni Mubarak dari berkuasa.wallahu a’lam

#gambar ini diambil dari seorang sahabat

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى أله في كل لمحة ونفس وعدد ما وسعه علم الله

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s