Bab Bicara Nabi Membawa Kesan Pada Sahabat

Posted: Oktober 21, 2010 in Addin, Cerita

Assalamualaikum…kembali ke kisah pelajaran kitab bahrul mazi susunan Syeikh Mohd Idris bin Abd Rauf al-Marbawi dari hadis sunan Tirmizi.Ini adalah sedikit penerangan Al Fadhil Tuan Guru Ust Rahman Hafizahullah.

Mengenai kefasihan dan kepetahan baginda Rasul hingga menyebabkan ramai yang terpesona dgn kata baginda..Baginda juga tidak bercakap melainkan yang benar sahaja.Ini telah dibuktikan di dalam Al-Quran di dalam Surah An-Najm pada ayat 3-4 ;

” وما ينطق عن الهوى إن هو إلا وحي يوحى

Maksudnya : Dan dia(nabi) tidak memperkatakan menurut kemahuannya dan pendapatnya sendiri (3) Segala yang diperkatakannya itu tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

Baginda nabi juga seorang yg paling fasih sebutan huruf dhod.Ini kerana bukan senang kita membunyikan huruf dhod yg betul..

Baginda nabi ketika berbicara mengenai hal yang membawa berita gembira,pendengarnya akan merasa gembira.

Baginda nabi berbicara mengenai azab,pendengarnya akan merasai takut dengan azab ALLAH taala.

Baginda nabi memberi nasihat,pasti ramai yang mendengar katanya.

Baginda nabi berbicara mengenai apa sahaja,pendengarnya akan terpengaruh dengan katanya.Inikan pula al-quran yang baginda baca..sehinggakan kafir tidak dapat membangkang walau seayatpun..Kalau dilihat pada hadis sahih Tirmizi :

عن ابن عباس رضي الله عنه قال :

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم أفلج الثنيتين ، إذا تكلم رُئي كالنور يخرج من بين ثناياه .

رواه الدرامي والترمذي في الشمائل

Maksudnya : gigi depan baginda tampak renggang.Ketika berbicara,diantara gigi depan baginda itu seperti keluar cahaya.(Riwayat Tirmizi,Darimi,Baihaqi dan Tabrani di dalam Syamail)

Di dalam bab ini Imam Tirmizi mengeluarkan sebuah hadis yang membawa maksud

“Daripada Abu Rib’ie Hanzalah bin Rib’ie Al-Usaidi berkata: “Saya berjumpa dengan Abu Bakar kemudian beliau bertanya: Bagaimana keadaanmu wahai Hanzalah? Saya menjawab: Hanzalah sudah munafik! Abu Bakar berseru: Subhanallah, apa yang kamu katakan tadi? Saya menjelaskannya: Jika kami bersama Nabi SAW, kami memikirkan syurga dan neraka seakan-akan kami melihatnya, tetapi apabila kami pulang dan bergaul dengan isteri dan anak serta mengurus pelbagai urusan maka kami sering lupa. Abu Bakar berkata: Demi Allah, kami juga begitu. Kemudian saya dan Abu Bakar pergi menghadap Rasulullah SAW lalu saya berkata: Wahai Rasulullah sesungguhnya Hanzalah sudah munafik. Rasulullah SAW bersabda: Mengapa begitu? Saya berkata: Wahai Rasulullah apabila kami berada dihadapanmu kemudian engkau menceritakan mengenai neraka dan syurga, kami seolah-olah melihatnya dengan mata kami, namun setelah kami keluar dan bergaul dengan isteri dan anak serta mengurus pelbagai urusan maka kami sering lupa. Rasulullah SAW bersabda: Demi zat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya, apabila kamu tetap dalam keadaanmu seperti ketika berada di depanku dan sentiasa mengingatnya nescaya malaikat akan bersalaman denganmu di tempat tidurmu dan di jalan. Tetapi wahai Hanzalah, sesaat dan sesaat. Baginda mengulanginya tiga kali.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Kita ini cepat leka dan lalai jadi seeloknya duduk dgn orang yg sentiasa mengingatkan kita ttg Allah dan Rasulnya..kebiasaan fitrah seorang manusia lupa..jadi carilah org yg boleh mengingatkan kita selalu kepada ALLAH dan nabinya dan berhukum dgn hukum ALLAH(bukan semata tasauf/hakikat/tarikat/mimpi/alamat dari guru)tauhid,feqah mesti ada….Ingatlah hadis ini

إحفظ الله يحفظك

Maksudnya :Jagalah ALLAH(agama Allah iaitu hukum syariat ALLAH),nescaya ALLAH akan mempeliharamu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s