Berbuat zalim dan memutus rahim

Posted: Oktober 17, 2010 in Addin, Cerita

Di dalam kelas pengajian bahrul mazi dari alfadhil Ust Rahman,susunan dari Syeikh Mohd Idris bin Abd Rauf al-Marbawi mengenai perhubungan rahim seseorang..
rahim bermaksud kerabat atau boleh dikatakan dengan saudara dkt..

  • ibu,
  • ayah,
  • datuk,
  • nenek,
  • pakcik,
  • makcik dll..

Di dalam hadis nabi dari Abu Musa As’ari datuk kepada Abu Hasan As’ari seorang ulama’ tauhid terkenal yang mafhumnya seperti berikut;

Tidak akan masuk syurga kepada tiga golongan:

  • kekal di dalam minum arak
  • pemutus rahim
  • percaya akan sihir

Di dalam hadis yang lain juga Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya rahmat ALLAH tidak akan turun kepada pemutus rahim

Orang yang memutuskan rahim dan berbuat zalim,ALLAH taala akan membayar cash pada dua tempat iaitu di dunia dan di akhirat..Di dalam bab ini tuan pengarang ada memberitahu tentang hal-hal berkaitan dengan urusan agama dianjurkan kita memandang yang atas dan pada bahagian dunia kita memandang ke bawah dari kita..Bagaimana??Pada urusan akhirat kita kena mencontohi orang yang lebih dari kita atau kita mencemburi orang yg lebih soleh dari kita.dalam hal ini kebiasaannya manusia akan selalu berkata “Dia nabi,nabi x de buat dosa,nabi lain kita lain”.Ungkapan ini telah disalahtafsir oleh sesetengah manusia..Perihal akhirat kita kena memandang ke atas bukan memandang ke bawah..Kalau memandang ke bawah nescaya kita sudah mengatakan kita terbaik dari orang yg melakukan maksiat..kufur!!Padahal kita mesti mengikut nabi..kalau x nak ikut nabi kita nak ikut sapa?

Berlainan pula kita disuruh memandang ke bawah kepada dunia..kita mengambil berat orang yang kurang mampu,kurang harta..Ini akan menambahkan lagi syukur dan sabar,kalau hal dunia kita pandang ke atas(orang yg lebih dari kita) nescaya,kita akan menjadi tamak,gile kuasa,harta,pangkat dll..benda ni susah kita nak pertimbangkan di dalam diri saya sendiri..tetapi minta bantuan selalu kita kepada ALLAH..selalu mendekatkan diri kepada orang soleh,mendengar cerita daripada mereka,mendengar teguran dari mereka..semoga kita beroleh kesejahteraan dunia dan akhirat..amin

*lau ada tambahan silakan tambah di komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s