Umar Mokhtar

Posted: Oktober 4, 2010 in Cerita, Siri Mengenal Ulama, Video Youtube

Beliau lahir pada tahun 1860,(ada mengatakan 1862) di sebuah kampung kecil di Janzour,Libya.Beliau juga seorang hafiz Al-Quran.Dia seorang anak yatim yang kematian ayahnya ketika berumur 16 tahun.Pengajian awalnya adalah di masjid.Kemudian beliau melanjutkan pelajarannya selama 8 tahun di Senussi Universiti.Senussi adalah salah satu pergerakan politik-agama(kerohanian) di Libya dan Sudan dan diasaskan oleh Sayyid Muhammad Ali As-Sanusi(Pengasas Tarikat Sanusiyyah).

Pada Oktober 1911 telah berlaku penaklukan Itali di Libya sepertimana yg kita lihat di Lion of The Desert.Pada ketika itu beliau berumur 30 tahun.Beliau yang juga guru mengajar Al-Quran,amat mahir dengan strategi dan perang gerila.Kepetahan beliau berbicara dan sopan membuatkan ramai yang suka dengan cara beliau.

Kekuatan keazaman beliau menentang penjajah sehinggalah beliau di dalam usia 70 an.Seorang mujahid sufi yg kental akhirnya ditahan oleh tentera Tripoli pada 11 September 1931.Tentera musuh amat menghormati beliau sehinggakan salah seorang dari panglima Itali amat mengasihani beliau kerana lemah lembut beliau dan menghormati musuh di dalam dan luar peperangan..Tangan beliau dirantai dan tulangnya patah akibat peperangan.Pegawai tentera yang menyoal beliau berkata “Beliau tidak seperti tawanan lain,beliau berdiri di pejabat saya dan menjawab segala persoalan dengan tenang dan jelas.Apabila hendak beredar seolah mukanya bercahaya membuatkan saya terpegun dan terkejut.Terketar suara saya di akhir perbualan kami untuk menyuruh beliau ke sel(penjara) sebelum upacara hukuman pada sebelah petang”.

Apabila panglima Itali menawarkan peluang terakhir utk hidup di bawah pemerintahannya beliau menjawab “Aku tidak akan berhenti menentang kamu sehingga kamu meninggalkan tanah airku ataupun aku mati..Beliau dimasukkan ke dalam mahkamah olok² utk menjaga maruah kerajaan Itali.

Sebelum wafat di tali gantung seorang syuhada’,kekasih ALLAH,mujahid,ulama’,sufi dan pejuang Islam dan negara,beliau disoal apakah perkataan akhir yang akan diucapkan kepada semua orang.Beliau menjawab “sesungguhnya kami milik ALLAH,dan kepadaNYAlah kami kembali“.Pemergiannya kekasih Ar-Rahman itu ditangisi oleh sekalian makhluk bumi dan langit..dan bukan senang diikuti oleh kita pada zaman sekarang.Semoga kita menjadi sebahagian dari pencinta As-Syahid Umar Mukhtar..wafat 16 September 1931

Janganlah kamu katakan kepada mereka yang mati syahid seorang yang mati bahkan mereka hidup tetapi kamu tidak menyedarinya” dan disertai dengan kalimah akhir umar mukhtar “dan orang yang ditimpa musibah,mereka berkata sesungguhnya kami milik ALLAH,dan kepadaNYAlah kami kembali”-Al-Baqarah ayat 154&156.

Beberapa banyak (yang pernah terjadi) golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin ALLAH dan ALLAH sentiasa bersama-sama dengan orang yang bersabar..(Al-Baqarah 249)

tidak semestinya seorang sufi hanya duduk di tikar sembahyang,seorang sufi akan mengangkat dan melaungkan kalimah LAILAHA ILLALLAH di muka bumi..Alfatihah utk Sayyidi Umar Mukhtar As-Sanusi

siap diedit dan sunting 7.00 malam 4/10/2010 dgn izin dan bantuan ALLAH

tq very muck pakcik wiki

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s