Siri Mengenal Pewaris Nabi(Syeikh Soleh Al-Ja’fari)

Posted: Mei 8, 2010 in Rencana, Siri Mengenal Ulama

Sebuah tariqah yang bercabang daripada Al-Tariqah Al-Ahmadiah Al-Idrisiah ialah Al-Tariqah Al-Ja’fariah, yang telah diasaskan (yakni nama tariqah ini telah dinisbahkan) kepada Tuan Shaykh Soleh Al-Ja’fari radhiAllahu  'anhu, seorang wali Allah keturunan Al-Imam Ja’far Al-Sodiq radhiAllahu  'anhu, yang sangat terkenal di kalangan para pencinta Ahlul-Bait. Tuan Shaykh Soleh Al-Ja’fari radhiAllahu  'anhu telah menerima ijazah daripada Al-Sayyid Muhammad Al-Syarif dan menerima tariqah daripadanya ketika umur beliau 19 tahun, yang telah menerima ijazah daripada bapanya yakni Tuan Shaykh Sayyid ‘Abdul ‘Aali radhiAllahu  'anhu, yang merupakan putera kepada Al-Imam Tuan Shaykh Sayyid Ahmad ibn Idris Al-Fasi radhiAllahu  'anhu, dan Tuan Shaykh Sayyid ‘Abdul ‘Aali pula telah menerima ijazah daripada Tuan Shaykh Muhammad ibn ‘Ali Al-Sanusi radhiAllahu 'anhu, yang telah menerima ijazah daripada Tuan Shaykh Sayyid Ahmad ibn Idris Al-Fasi radhiAllahu  'anhu. Ketika Tuan Shaykh Sayyid Ahmad ibn Idris Al-Fasi radhiAllahu 'anhu meninggal dunia, putera beliau yang bernama Tuan Shaykh Sayyid ‘Abdul ‘Aali radhiAllahu  'anhu baru sahaja berumur tujuh tahun. Apabila Tuan Shaykh Sayyid ‘Abdul ‘Aali radhiAllahu  'anhu sudah dewasa, beliau telah berpindah ke Makkah Al-Mukarramah dan berguru dengan tuan Shaykh Sayyid Muhammad ibn ‘Ali Al-Sanusi radhiAllahu 'anhu. Apabila Tuan Shaykh Sayyid Muhammad ibn ‘Ali Al-Sanusi radhiAllahu  'anhu berpindah ke Libya, Tuan Shaykh Sayyid ‘Abdul ‘Aali radhiAllahu 'anhu telah turut serta dan telah tinggal bersama guru kesayangannya ini sehingga Tuan Shaykh Sayyid Muhammad ibn ‘Ali Al-Sanusi meninggal dunia di Jaghbub, Libya pada tahun 1276 Hijrah.

Shaykh Soleh al-Jaafari

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s