munajat si cacai

Posted: Mac 1, 2010 in Addin

Cacai
Fakir
Miskin
Hina
Itu pakaianku insya ALLAH,kucuba memakai dgn selendang buruk
Utkku menghadap kepada yang Kaya
Utkku menghadap kepada yang Mulia
Pakaian ku penuh dgn lubang² durjana
Penuh dgn koyak rabak maksiat
Di dalam kefakiran,kedurjanaan,kemiskinanku ini
Malu utk ku mendongakkan kepala melihatMU wahai empunya zat yg terkaya dari sesuatu,yang
sesuatu itu semuanya berhajat kepadaMU
Dengan kekayaanMU aku memohon dgn koyak rabaknya pakaian imanku,
Pohon padaMU tuhan yang mengadakan,meniadakan dan menetapkan sesuatu
Pohon padaMU sedekah bukan hadiah
Kerana dengan pakaian kehinaan aku tak layak utk menerima hadiah
Tak layak aku utk berada di dalam istana cintaMU
Sedekahkanlah aku dengan cintaMU
Kerana aku tidak layak menerima hadiah dariMU
“Sesungguhnya sedekah itu adalah untuk diagihkan kepada fakir dan miskin” seperti aku.
Wahai yang empunya zat yang Kaya,limpahilah aku dgn
Sebuah sedekah kasih sayang yang mana aku berhadap kepadaMU
Memohon sedekah kasih dariMU
Akulah bangsat yang memerlukan pelukan kasih cintaMU
Akulah yang nista mengharap sedekah taufik,hidayah,inayah dan ri’ayah
Koyak rabak baju durjanaku utkku menagih sedekah daripadaMU
#SURAH TAUBAH AYAT KE 60

تحقُّق بفقركَ يمدك بغناء : تحقق بذلك يمدك بعز

Tahkikkan kefakiran kamu nescaya ALLAH membantu kamu dengan kekayaanNYA # Tahkikkan kehinaan kamu nescaya dibantu ALLAH yang maha mulia = ibnu ‘Ataillah Assakandari

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s