kesan dan pemberi kesan

Posted: Februari 3, 2010 in Addin, Rencana

assalamualaikum sahabat..

rasa mcm nak berkongsi dgn sahabat ttg tajuk ni.jd dgn sedikit usaha ni kita bleh kongsi bersama.tajuk ni saya rasa ramai yg tahu,tp bila x bercakap mungkin sahabat x perasan.inilah fungsinya ingat.jika kita nampak sesuatu benda selain ALLAH misal kata panadol atau ubatan yang lain bleh memberi kesan kepada kita nescaya benda yg kita makan/guna itu bersifat dgn harus dan bukan bersifat dengan wajib.contoh kita lihat konsep surat,surat diberi melalui posmen kepada si penerima surat bukannya posmen yang beri tapi si pengirim surat.begitu juga kita jgn kita nampak makhluk yg beri,mungkin kita asyik dan sentiasa bergelumang dengan makhluk hingga terhijab dgn sang PEMBERI NIKMAT.jgn kita berpegang dgn harus benda dengan kita selalu menyebut benda dari ALLAH seolah² letak zikir kita pada benda kerana hidup kita bukan kerana benda kerana ALLAH jadi sebutlah ALLAH banyak dari benda,nampak jelas tauhid sudah longgar kat situ.banyakkan menyebut nama ALLAH dari selainNYA,kita mesti berpegang dgn wajibal wujud iaitu ALLAH taala.Ini kerana yg memberi kesan itu panadol,barang² purba atau ubatan lain hanyalah ALLAH taala.begitu juga jin dan seangkatan dgnnya yang mendampingi orang² pilihan ini.walau jin itu Islam tetapi kata²nya tidak layak kita berpegang dengannya walaupun dia mengaku dia sebagai wali,ada yg mengaku dia sbg syeikh abdul kadir jailani la!PEMBOHONG dan KENA BODOH JE DGN JIN.kita ini adalah khalifah tetapi kita ditipu oleh jin sahaja,besar mana kita dengan jin?tetapi hari ini orang seolah² mengatakan kata jin itu adalah muktamad,kalau tak buat x menjadi.walhal kenapa ia tak minta terus pada ALLAH taala.kemana keyakinan kita?walaupun dgn jin dikatakan sebagai perantara.Adakah keyakinan kita kepada jin ataupun sang pencipta itu?seperti kata pengarang ibnu Ata’illah”Barangsiapa tidak sabar dgn bersahabat dgn Khaliq dibala’ akan dia dengan bersahabat dengan makhluk”.Kerana kita sendiri faham di dalam quran “dan sesungguhnya ALLAH berkuasa atas tiap sesuatu”.

Tidak kita nafikan kelebihan sesuatu benda yang ALLAH jadikan.tetapi jgn dengan sesuatu benda seolah² bersifat dgn sifat ketuhanan.Sesungguhnya jika kita melihat cermin,kita pandang bingkai cermin betul² kita tidak akan nampak refleksi gambaran kita tetapi jika kita lihat refleksi gambaran kita,kita pula tidak akan nampak bingkai cermin.dari contoh ini dimana faham kita ttg kesederhanaan di dalam Islam dan mengikut kacamata dan kanta mana yang kita gunakan untuk menilai lebih² lagi kerana setiap satu benda dinilai mengikut kanta Islam.dimana kata kita setiap nafas hidup kita dan mati kita kerana ALLAH jadi cuba praktikkan pelajaran tauhid yg dipelajari.telah berkata seorang ulama’ Pattani,sungguh bodoh orang yang mengatakan cukup pada ilmu tauhid..SESUATU YANG DIPANDANG OLEH MATA  KASAR DAN DINILAI OLEH MATA HATI ADALAH BERSIFAT DENGAN MENGESAKAN ALLAH DENGAN AF’AL DAN SIFATNYA ?masalah kita kita tidak memandang dengan mata hati.bila tidak memandang dgn mata hati syaitan datang membisik “ini adalah dari benda bukan dari ALLAH”.ini kepentingan zikir.cuma pandangan kita kepada alam yang harus ini berdasarkan nafsu semata.jadi kenapa kita perlu ada bantuan sana dan bantuan sini??seolah² pergantungan kita kepada alam(selain dari ALLAH)..saya tak nafikan kepentingan itu(alam) tapi hati² dengan iktikad kita.letak sebut(zikir) adalah pada ALLAH semata bukan selainNYA.jika selainnya kita letak terputuslah perhambaan kita pada ALLAH(bukan murtad) tapi bleh jatuh kepada syirik.jika letak sebut kita pada lainnya banyak hati²lah kerana ia bleh menjatuhkan kita kepada sesuatu hukum tauhid.kata ulama’ dlm syairnya”وكل من قلد في توحيد  إيمانه لا يخلوا فى تزديد” yang membawa maksud sesiapa yang bertaklid di dalam tauhid imannya tidak tetap.tauhid mestilah jazam di dalam diri.hukum syak,zan,waham,jahil murakkab,jahil basit bleh membawa kufur berlainan dgn syak di dalam feqah.bleh sahaja bertaklid.taklid di sini tidak lari dari waham,syak,zan,jahil murakkab dan jahil basit.

tuan…kepada siapa yang kita sembah?adakah kita benar² menyembah ALLAH melalui ilmu kita yang yakin ataupun waham tanpa mengetahui dalil hanya bertaqlid?kalau belum kenal ALLAH kenapa mesti kita utamakan selain dari ALLAH sebagai keutamaan ilmu dan amalan?adakah tauhid kita mantap?kata ulama”tidak sah ibadah jika tidak mengenal ma’bud(ALLAH).di dalam hadis”Awal² agama mengenal ALLAH.mana letaknya agama kita?mana letaknya keutamaan kita.nampaklah sesuatu dengan kewujudan ALLAH yg esa bukan yang berbilang² dari segi afa’al dan namaNYA.kita bukan silap cuma kadang² kita leka sket² tp jgn sampai leka kita menghanyutkan tauhid kita.banyakkan ingat dgn bersahabat dgn orang yg ingat dan duduk dgn ulama’ yg sentiasa menyebut nama ALLAH dan RASULNYA.kita jgn dilekakan dengan tanda/alam/kesan dan hampir² lupa kepada yg memberi petanda iaitu ALLAH.jika banyak hidup kita dengan tanda(kesan) kita dilupakanNYA dengan menyebut tanda dan kesan sepanjang masa tanpa menyebut siapa pencipta benda ni dan keutamaan ulama’ yang mewarisi Rasul.kerana Rasulullah SAW bakal kita memohon syafaat kepadanya,kerana Rasulullah penghulu segala nabi,rasul dan juga alam(selain dari ALLAH dari alam zahir dan batin).ini adalah sikit perkongsian dari saya yang jahil!wallahu a’lam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s