SAJAK HARI GURU

Posted: Mei 11, 2009 in Uncategorized

Kutujukan sajak ini buat guru segala guru Saiyidina Muhammad SAW,sahabat,solehin,tabi’ tabi’in,aulia,ibu bapa dan guru-guru yg pernah mengajar kami!!

Siang malam kau bangun dan celik,hanya niatmu untuk mendidik

Berdirimu mendidik,

Dudukmu mendidik,

Baringmu mendidik,

Meludahmu mendidik,

Kau pamerkan keperibadian mulia,

Kau sampaikan permata,kau sampaikan berlian,kau sampaikan emas,

Yang tiada harganya di dunia ini.

Aku yg kerdil sekecil  zarrah ilmu yg dikurniakan oleh ALLAH!!

Hanya engkau penyambung wasilah kurniaan dan pemberianNYA

Dari tangisan ku ketawa dari ketawa aku bercakap dari bercakap aku menuturkan perkataan,

Dari menuturkan perkataan aku membaca;dari membaca hingga sekarang aku dapat mengetahui yang

Berharga itu berlian dan yg palsu itu kaca;

Guruku;

Akulah penuntut, pengemis dan pemungut ilmu,

Bak sang pengemis menuntut fulus,

Bukan dia yang datang kepada kita tapi kita datang kepadanya,

Moden!!Moden!!Malas!!Malas!!Dia datang kepada kita dan bukan kita datang kepadanya,

Tapi sekarang sang pengemis berlagak kaya,

Kaya dengan ilmu yg ditipu dan tertipu,

Sang bodoh berlagak pandai,

Pandai tetapi tertipu dengan kepandaiannya,

Sang kuli berlagak majikan,

Majikan tetapi hakikatnya tetap kuli,

Sang rakyat menjadi raja

Berlaku zalim kepada sesama mereka

Nafsu di hati kian bertakhta

Seolah sudah terlengkap segalanya

Megah menongkat langit meredah kehidupan yg dilalaikan,

Guruku;

Akulah murid yang muridku hanya kepada kepada ilmu;

Mohon kepadamu untuk diterangkan dibukakkan lembaran demi lembaran

Engkau tiada!!!Itulah tanda ilmu dilucutkan di atas tempat persinggahan fana’ ini wahai guruku

Ya Walidain,Ya Asatiz,Ya Masyaikh,Ya Solehin,Ya Ashabun Nabi,

YA RASULULLAH!!!!!!!!!!!!!!!

tuffaya,melaka

Komen-komen
  1. hayati berkata:

    hebat sungguh puji-pujian saudari utk Rasul Allah..alhamdulillah…Baginda guru yang tiada tandingannya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s