Posted: April 19, 2009 in Addin, Cerita, Rencana

Salam utk ikhwah akhwat yg dikasihi..post yg terdahulu memakan masa 3 bulan untuk diperbaharui pos yg terkini.
aku akui memang tiada pengunjung yg tetap ke blog aku kerana kesibukan aku untuk meneruskan post yang terkini.takpela yang penting aku nak share sesuatu utk kalian.

Kadang² aku melihat realiti suasana hidup sekarang x mcm dulu lagi kerana org dulu amat mengutamakan ilmu,lebih² lagi ilmu yang berkaitan dengan agama.kerana dengan percambahan ilmu yang makin lama makin banyak terpinggirlah ilmu agama dan agama hanyalah pada golongan agama lebih² lagi dikenali dgn panggilan ustaz.tanggungjawap ini diserahkan bulat² kepada mereka.jika dilihat realiti Islam pada hari ini dibakar dan dunia Islam dibakar hangus² oleh mereka yang tak bertanggungjawab.Kepada siapa diletakkan amanah untuk meredakan api yang membakar dunia Islam pada hari ini?Sudah tentu umat Islam itu sendiri.tetapi tidak sekarang ni.Umat Islam meletakkan tanggungjawab kepada golongan² yang faqih terhadap agama utk menyelesaikan masalah ini.

Aku nak memberi beberapa contoh kes terhadap apa yang diperkatakan,maksiat.Sekarang ini masyarakat Melayu dilekakan dengan program yang melalaikan sehinggalah maksiat yg aku nak bawa ialah berkesedudukan,zina,sumbang mahram,free sex dan lain² lagi.gejala ini berleluasa sehinggalah kita sukar untuk dibendung.Ini adalah kerana kita meletakkan tanggungjawap penting dalam Islam ialah “amar makruf nahi mungkar” kepada pihak² tertentu.Pihak terbabit ialah Jabatang Agama negeri.Padahal di dalam pentabiran penguatkuasaan hanyalah beberapa orang sahaja di dalamnya.Tak cukup!!!!Elaun yang diberikan cuma sedikit saja.Lepas tu kita seolah² melepaskan tugas nahi mungkar ini kepada mereka saja.”Biarlah!!Merekalah yang melaksanakan Islam,yang penting kita dah lepas”.Ini terjadi kepada masyarakat kita.Apa!!!!!!!!Jabatan lain tu bukan Islam ker??Negara kita bukan negara Islam ke??Kalau nak letak amanah ni di bahu bhg Penguatkuasaan Maksiat dgn kakitangan yg tak cukup maka berlambakla anak zina Melayu.

Contoh yang lain,sebuah rumah hangus dibakar api,jiran² lain pun berkata”Biarlah mereka yang padamkan api tu,mereka ada ayah dan emak dan abang² yang kuat”.Akhirnya rumah itu hangus dijilat api.Mana perginya sentimen isu penting dalam Islam??Sanggup dibiarkan Islam hanya pada org yg menguruskan Islam..Kalau beginilah Islam diletakkan di dalam negara kita.Janganlah nak dibanggakan dengan negara Islam Malaysia.Hancur Islam kalau mcm ni.Cuma sesetengah pihak berbangga dengan Islam tapi apa yang dia sendiri lakukan pada Islam??setakap cakap saja Islam tapi perlakuan mcm org bukan Islam baik jgn cakap.Cuma nak menunjukkan dia orang Islam.Aku nak share kat sini lagi…..kita rasa x dengan lidah kita,kita dengar x dengan telinga kita,kita lihat x dengan mata kita bulan ni adalah bulan dakwah peringkat kebangsaaan??Nilai la sendiri betapa Islam berbangding bidang teknologi dan bidang lain yg diketengahkan.Hanya coretan,kalaulah kita rasa Islam ni adalah tanggungjawap semua,kita beri kelebihan dan insentif kepada semua orang untuk melaksanakan Islam di dalam Malaysia bukan hanya pada JABATAN AGAMA saja.wallahu a’lam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s