Tawakkal

Posted: Mei 12, 2008 in Addin, Video Youtube

Untuk menaiktaraf iman kita semula, sekadar untuk merenung jauh ke dalam diri.
Apabila rasulullah memasuki mekkah perkara yg ditekankan ialah persoalan akidah dgn kalimahnya “LAILAHAILLALLAH”
Dengan aqidah juga kita dapat membezakan antara iman dan kufur.Kita cuba renungkan dalam konteks diri kita adakah kita beriman dengan apa yang disuruh oleh Allah dan KekasihNYA,pembawa risalahNYA,Rasulullah S.A.W?Sebagai seorang yang mengatakan dirinya beriman kepada Allah dan Rasulnya wajibla kita mengikuti apa yang telah dianjurkan kepada kita dengan melaksanakan titah perintah Allah dan RasulNYA dengan sumber yg diberi iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.Kita telah melihat perkara-perkara lalu bagaimana imannya ashabul ukhdud menentang kezaliman pemerintah ketika itu dan akhirnya diugut untuk dibunuh.beberapa cuba membunuh pemuda bertakwa itu dilaksanakan akan tetapi tidak berhasil atas kehendak ALLAH.akhirnya pemuda itu mencadangkan dipanah tetapi bersyarat.dipanah dengan menggunakan nama ALLAH.pemanah itu pun berkata “panahlah dengan nama tuhan pemuda itu”ALLAH”,akhirnya panah itu menembusi tubuh lelaki itu dan matilah pemuda itu,akhirnya ramaila yg mengikut jalan pemuda itu beriman sehingga pemerintah mengarahkan supaya dimasukkan ke dalam parit tak kiralah samada kecil,besar tua dan muda.
Kita lihat pula keimanan para ahli sihir yang melawan nabi musa.dikatakan di dalam kitab tafsir”ahli sihir semuanya yg melawan nabi musa sebanyak 30,000 orang, mereka bertanya kepada firaun samada ganjaran yang didapati kepada mereka, firaun menjawab dgn megahnya “kamu akan dapat wang dan pangkat” lalu mereka menentang nabi musa dgn silap mata mereka.dikatakan pula mereka “mengeluarkan silap mata sebanyak gunung ular” lalu nabi musa takut akan ular ahli sihir itu dititahkan Allah S.W.T supaya mencampakkan tongkatnya lalu menjadilah ular yang besar realiti bukan sihir(silap mata) lalu terkejutla ahli sihir kerana ular realiti itu memakan semua ular2 mereka.lalu berkata mereka(ahli sihir) kami beriman kepada tuhan musa dan tuhan harun.Firaun dgn megahnya berkata “kamu beriman kepada musa tanpa meminta izin dengan aku,sesunggunhya kamu sudah merancang untuk menjatuhkan aku,aku akan memotong tangan dan kaki kamu secara bersilang.Ahli sihir pun menjawab “Sesungguhnya kami akan kembali kepada tuhan kami”akhirnya mereka syahid dengan doa mereka “RABBANA AFRIG ALAINA SABRAN WATAFFANA MUSLIMIN.lihatlah iman mereka,adakah kita?malu..malu.refer al-a’raf 104.


Begitu juga iman Sumayyah,suaminya Yasir bin Amir dan anaknya Ammar,mereka adalah antara orang yg terawal memasuki Islam.kaum kafir laknatullahi alaikum yang diketuai oleh Abu Jahal menzalimi dan menyeksa mereka untuk melepaskan ikatan Islam (murtad) akhirnya Abu Jahal tidak menahan sabar kemarahan kerana gagal memujuk Sumayyah dan suaminya dihunus pedangnya dan akhirnya keluar darah pejuang-pejuang Islam syahid disaksikan oleh ALLAH dan para malaikatNYA.Sesungguhnya dalam perjuangan Islam mati itu adalah harus kerana pembalasan dan ganjaran utk syahid adalah terlampau istimewa di dalam surah al-baqarah 154 yg maksudnya :Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu: Orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya
.”
Bagaimana iman para sahabat,bilal bin rabah.semua sudah tahu dengan kalimah jeritannya AHAD!!AHAD!!kita?Kita fikir sejenak,berapa lama kita memeluk Islam…baru sehari masuk Islam?ataupun seminggu?ataupun sebulan?ataupun satu tahun?kuatkah iman kita?
Terlampau banyak kita lihat kuffar telah memburukkan islam antaranya ahli parlimen belanda,salman rushdie, mereka yg mengaku Islam (Sister in Islam),gerakan Interfaith Commision(IFC Malaysia) Aminah Wadud, kamal attarturk?Bagaimana nanti kita berhadapan dgn ALLAH S.W.T?Apa yg kita nak cakap dgn Allah kitalah pembela Islam?Hanya dgn bekerja dan balik berjumpa suami atau isteri itu namanya berjuang menegakkan Islam?Tak dinafikan itu adalah satu cara berjuang utk mendapatkan pahala,tp Islam perlu dibela dan di dasar aqidahlah kita berpaut untuk menyelamatkan Islam.Berjuang menyelamatkan aqidah ataupun berjuang menaiktaraf hubungan manusia dengan manusia dan ditambah ganjaran oleh Allah.Mana yang terpenting di sini dengan keadaan umat Islam yg terlampau teruk.Fikir dalam2 bagaimana kita di depan Allah S.W.T nanti dalam keadaan malu dan hina sambil merayu Wahai Tuhan Kami,kami telah dengar dan lihat ttg apa maksiat yg kami lakukan di dunia maka kembalikan kami ingin melakukan amal soleh,sesungguhnya sekarang kami telah yakin: assajadah ayat 12.
Kita lihat islam disiat dan dikoyakkan tanpa ada rasa kekesalan di hati.kuatkah iman kita?apakah kita lakukan?dimanakah kita meletakkan janji ALLAH?adakah kita kurang yakin dengan janji Allah dgn meletakkan Islam itu tinggi?Manakah perginya penyerahan kita dgn janji ALLAH.berusaha untuk menegakkan kalimah ALLAH.adakah kita sudah tau akhirnya Islam bersinar pada satu hari,kita menyerahkan segala takdir kepada ALLAH?ataupun nipisnya iman kita lebih nipis dgn kulit bawang dgn hanya berdoa sahaja.ataupun dalam setiap langkah dan perbuatan kita takde satu penyerahan pada ALLAHpun kita buat sedangkan kita sudah tahu maksud Islam itu sendiri ialah PENYERAHAN.

HUBBULLAH dan HUBBUN NABI dan HUBBUL ULAMA.
ALLAHU AKBAR

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s